Bahasa Malaysia Tahun 3

Wednesday, December 12, 2012

Tatabahasa



Tatabahasa
 
1.     Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu
      morfologi dan sintaksis
2.       Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata
       ialah morfem.
4.       Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata.
       kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
 
Morfem
 
1.       Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkaaan. dan  
       golongan kata.
2.       Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu

3.   Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu
      yang lebih kecil, maka kata-kata ini erdirid aripada satu unit atau satu morfem.  
      Misalnya minum.
 
4.   Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada
      mi dan num
 
5.   Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan
      minum.
 
6.      Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
 
   
Latihan
 
Berapa bilangan morfem bagi setiap perkataan berikut:
 
      i.        memperjuangkan
     ii.        memperlekeh
   iii.        perjuangan
   iv.        menduduki
     v.        dikasari
 
 
 
Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut:
    
  Morfem bebas
Morfem terikat/imbuhan
1.       Dapat berdiri sendiri, misalnya, minum, cuti, sekolah, periksa
2.       mempunyai makna sendiri
1.       Bentuk imbuhan, misalnya, mem, per, kan, ber
2.       Tidak mempunyai makna, tapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya makna ayat.
 
 
  Morfem terikat/imbuhan
 
Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagikan kepada:

Awalan - ditambah pada  bahagian depan kata dasar.
               Misalnya, membaca,  menghafal.

Akhiran - ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar

Sisipan - diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar - misalnya, telapak (tapak). 

Apitan -  ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar.
               Misalnya, imbuhan per……..an, permainan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 



No comments:

Post a Comment