Pada suatu hari, ibu Rusa Nani demam.“Nani, carikan
sedikit daun muda untuk ibu.Ibu mahu makan,” pesan ibunya. “ Baiklah ibu, ”
kata Nani.Ia pun pergi mencari daun muda untuk makanan ibunya.
Puas Nani mencari daun yang segar
tetapi tidak berjumpa.“ Hmm, nampaknya di atas bukit itu banyak daun yang
segar.Baik aku pergi ke sana, ” fikir Nani.“ Wah, bukit ini sungguh
tinggi!Bolehkah saya melepasinya?” fikir Nani lagi.
Tidak lama kemudian, Nani menemui Sang
Arnab sedang menuruni bukit itu.“ Sang arnab, kamu boleh mendaki bukit ini?”
tanya Nani kehairanan.
“ Boleh! Dalam
masa satu hari, saya boleh mendaki bukit ini sebanyak empat atau lima kali,”
jawab Sang Arnab dengan bangga.
Nani diam sejenak, memikirkan
kata-kata Sang Arnab itu.Pada masa yang
sama, datang seekor ayam ke arahnya lalu berkata, “ Lebih baik kamu jangan daki
Nani.Semalam, saya hampir terjatuh dari bukit itu.”
Rusa Nani menjadi serba salah apabila
mendengar kata-kata Sang Arnab dan Sang Ayam tadi.Akhirnya, ia berazam untuk cuba
mendaki bukit itu tanpa mendengar kata-kata dan hasutan binatang lain.Mula-mula
mendaki, Nani hampir terjatuh.Ia tidak berputus asa lalu mendaki bukit itu lagi
denagn berhati-hati.
Dengan semangat dan keazaman yang
kuat, akhirnya Rusa Nani berjaya melepasi bukit itu dan mengambil daun muda
yang segar untuk ibunya.
Anak Rusa Nani berasa gembira atas
percubaan
dan keazamannya
yang kuat membawa kepada kejayaan.Ia membawa pulang, banyak daun segar untuk
ibunya. Nani mendapat satu pengajaran untuk harus berani mencuba sesuatu yang
baik.
Moral
Berani mencuba
dengan keyakinan boleh membawa kejayaan.