Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan:
- perkataan dengan perkataan;
- rangkai kata dengan rangkai kata; dan
- ayat dengan ayat.
1. Kata hubung gabungan
Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.Contoh ayat:
·
Pemanah
itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya
patah.
·
Belum
tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
·
Dia
mengelak, lantas menikam.
2. Kata hubung pancangan
*Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.Contoh ayat:
·
Pelajar
yang berjaya itu diberi hadiah.
·
Budak
yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
·
Buku yang
dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
*Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.Contoh ayat:
·
Guru
tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
·
Mereka
mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
·
Kerajaan
membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
*Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.Contoh ayat:
·
Berusahalah
sekuat mungkin sementara badan masih sihat
·
Saya
berkawan dengannya semenjak kecil
3. Kata hubung berpasangan
Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah, entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun, sedangkan...inikan pula, semakin...semakin, sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..Contoh ayat:
·
Kian lama kian banyak orang yang ke
sana.
·
Fuad bukan
sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
Keterangan di atas sangat lengkap.
ReplyDeleteTerima kasih. ia memang membantu untuk mengajar anak saya.
ReplyDelete