Bahasa Malaysia Tahun 3

Sunday, October 14, 2012

Berani Mencuba


        Pada suatu hari, ibu Rusa Nani demam.“Nani, carikan sedikit daun muda untuk ibu.Ibu mahu makan,” pesan ibunya. “ Baiklah ibu, ” kata Nani.Ia pun pergi mencari daun muda untuk makanan ibunya.
          Puas Nani mencari daun yang segar tetapi tidak berjumpa.“ Hmm, nampaknya di atas bukit itu banyak daun yang segar.Baik aku pergi ke sana, ” fikir Nani.“ Wah, bukit ini sungguh tinggi!Bolehkah saya melepasinya?” fikir Nani lagi.
          Tidak lama kemudian, Nani menemui Sang Arnab sedang menuruni bukit itu.“ Sang arnab, kamu boleh mendaki bukit ini?” tanya  Nani kehairanan.
“ Boleh! Dalam masa satu hari, saya boleh mendaki bukit ini sebanyak empat atau lima kali,” jawab Sang Arnab dengan bangga.
          Nani diam sejenak, memikirkan kata-kata Sang Arnab  itu.Pada masa yang sama, datang seekor ayam ke arahnya lalu berkata, “ Lebih baik kamu jangan daki Nani.Semalam, saya hampir terjatuh dari bukit itu.”
          Rusa Nani menjadi serba salah apabila mendengar kata-kata Sang Arnab dan Sang Ayam tadi.Akhirnya, ia berazam untuk cuba mendaki bukit itu tanpa mendengar kata-kata dan hasutan binatang lain.Mula-mula mendaki, Nani hampir terjatuh.Ia tidak berputus asa lalu mendaki bukit itu lagi denagn berhati-hati.
          Dengan semangat dan keazaman yang kuat, akhirnya Rusa Nani berjaya melepasi bukit itu dan mengambil daun muda yang segar untuk ibunya.
          Anak Rusa Nani berasa gembira atas percubaan
dan keazamannya yang kuat membawa kepada kejayaan.Ia membawa pulang, banyak daun segar untuk ibunya. Nani mendapat satu pengajaran untuk harus berani mencuba sesuatu yang baik.


                                                Moral
Berani mencuba dengan keyakinan boleh membawa kejayaan.

4 comments: