Kata Seru
·
1. Kata seru adalah kata yang
menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut,
hairan, sindiran,
sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
·
2. Cara penggunaannya disesuaikan
dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi
atau menurun.
·
3. Kata seru digunakan untuk
membentuk ayat seruan.
·
4. Contoh kata seru, penggunaannya,
serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata
Seru
|
Penggunaannya
|
Contoh Ayat
|
aduh
|
untuk
menyatakan perasaan sakit dan kagum
|
1.
Aduh, sakitnya tanganku!
2.
Aduh, besarnya rumahmu!
|
aduhai
|
untuk
menyatakan perasaan sedih
|
Aduhai,
malang sungguh nasibku!
|
ah
|
untuk
menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
|
1. Ah,
saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah,
alasan itu tidak dapat kuterima!
|
amboi/wah
|
untuk
menyatakan perasaan hairan atau kagum
|
1.
Amboi, mahal betul kereta itu!
2.
Wah, berani betul budak itu!
|
cis/cih
|
untuk
menyatakan perasaan marah dan benci
|
1.
Cis, berani dia menentangku!
2.
Cih, mereka tidak kenal siapa aku
!
|
eh
|
untuk menyatakan
perasaan hairan atau terkejut
|
1. Eh,
kamu sudah sampai!
2. Eh,
tadi dia ads di sini!
|
hai
|
untuk
menegur seseorang atau menarik perhatian
|
1.
Hai, diamlah sikit!
2.
Hai, sudah lama kits tidak bertemu!
|
·
Contoh
lain kata seru dan ayat:
Kata
Seru
|
Maksud
|
Contoh
Ayat
|
wahai
|
menyatakan
perasaan sayang atau merayu
|
Wahai
adik ku sayang !
|
amboi
|
menunjukkan
perasaan kagum
|
Amboi,
tingginya bangunan KLCC ini !
|
hai
|
|
Hai,
ke mana kamu menghilang selama ini !
|
nah
|
|
Nah,
terimalah habuanmu !
|
aduh
|
perasaan
sakit
|
Aduh,
sakitnya tanganku ini !
|
wah
|
perasaan
hairan
|
Wan,
cantiknya merak ini !
|
ceh
|
|
Ceh,
usah membantah kata-kataku ini !
|
bedebah
|
marah
|
Bedebah,
berani engkau berkata begitu kepadaku !
|
cis
|
marah
atau jijik
|
Cis,
awak rupanya yang menjadi batu api !
|
oh
|
terkejut
hairan, gembira atau mengharap
|
Oh,
itu rupanya rumah kamu !
Oh,
Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
|
eh
|
hairan
|
Eh,
bila ia terjadi !
|
syabas
|
gembira,
puas, memuji atau ucap tahniah
|
Syabas,
awak berjaya juga akhirnya !
|
alahai
|
menghina
|
Alahai,
itu pun awak tak boleh buat !
|
alamak
|
terkejut
|
Alamak,
sudah pukul 8.00 pagi !
|
ha
|
hairan
|
Ha,
budak itu yang menang !
|
Ya-Allah
|
terkejut
|
Ya-Allah,
apa akan berlaku nanti !
|
Masya-
Allah
|
hairan
atau marah
|
Masya-Allah,
sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !
|
·
Bahan-bahan rujukan yang memberikan bantuan kepada saya, terima kasih!!!
ReplyDelete